Wednesday, January 2, 2013

TAMAN BOTANI , PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM.

Haritu, kami sekeluarga ikut abah pergi mesyuarat dekat putrajaya. disebabkann terlalu bosan duduk rumah, kami ikutlah abah . hehe. kami pergi taman botani. eh, jangan pandang rendah kat tempat tu tau. kat situ, macam-macam boleh buat. joging, tangkap gambar, berkelah, berenang ehh tak takk, tak boleh berenang haha.

saya dan mama tangkap gambar bunga dgn pokok yang ada kat situ. semua lawa !










PADANG BESAR, KEDAH


ASSALAMUALAIKUM,




baru-baru ni kami sekeluarga pergi kedah dan teramatlah rugi rasanya kalau tak pergi Padang Besaq, ya tak?sebelum kami berjalan kat situ, mama dah buat survey dan kebanyakkan blog kata,

"Jangan pergi waktu cuti sekolah, harga setiap barang melambung-lambung.kalau ada niat nak tawar menawar masa tu. lupakan ajelah. diorang tak layan pun."
yang ni mmg kami setuju, masa kami pergi haritu,saya dgn naim nak pergi beli jersi. bila nak tawar menawar dgn dia, dia buat tak tahu je. tapi ada kedai yang sudi tawar menawar, kena pandai carilah.

Duit yang banyak memang sangat-sangat diperlukan sebab kejakunan melihat barang-barang murah kat situ. Bag macam-macam warna, macam-macam saiz, macam-macam bentuk ada. seriously, haritu ada bag bentuk kasut.haha








but be careful masa beli, check betul-betul kualiti jam nak beli tu, kadang-kadang ada yang terputus.kat sini kejakunan saya dgn naim sangat-sangat terserlah, dekat 45 minit duduk dekat situ pilih jam. haha






lepas tu kami pergi masjid al-hussain.. kalau air pasang, masjid tu akan nampak macam terapung atas air. cantik sangat.



lepas solat, it's time to go home.